AGENDA

22.3 juta penduduk dewasa negara ini lengkap divaksin

1 Nov 2021, 2:38 AM
22.3 juta penduduk dewasa negara ini lengkap divaksin

KUALA LUMPUR, 1 NOV: Kadar populasi dewasa di negara ini yang lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 meningkat kepada 22,361,734 individu setakat 11.59 malam tadi, berbanding 22,348,481 pada Sabtu.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, sejumlah 22,872,309 atau 97.7 peratus individu pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sebanyak 63,489 dos vaksin harian diberikan semalam melibatkan golongan dewasa dan remaja, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,076,170 dos.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 2,091,464 individu atau 66.4 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin manakala 83 peratus atau 2,612,742 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula sejak 8 Sept.

Dalam pada itu, sejumlah 16,244 dos penggalak vaksin Covid-19 diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif kini 307,653 dos.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.