ad
AGENSI

Teras serah bayaran dividen bernilai lebih RM100,000

28 Okt 2021, 12:51 AM
Teras serah bayaran dividen bernilai lebih RM100,000

SHAH ALAM, 28 OKT: Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (Teras) menyerahkan bayaran dividen, zakat perniagaan dan sumbangan wakaf bernilai RM116,550.25 semalam.

Dividen berjumlah RM53,550.25 diserahkan kepada Majlis Agama Islam Selangor (Mais) manakala RM38,000 (Lembaga Zakat Selangor) dan RM25,000 (Perbadanan Wakaf Selangor).

"Teras merupakan agensi Mais yang berperanan membangun, mengurus dan mengawal pembangunan usahawan asnaf Selangor.

"Semoga Teras terus menjalankan tanggungjawab dengan baik dan menjadi contoh kepada agensi negeri ini," menurut kenyataan Mais di Facebook.

Sementara itu, Mais memaklumkan Teras dengan kerjasama Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) memperuntuk RM1.4 juta untuk bantuan modal perniagaan kepada 651 usahawan yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Setiap penerima bakal menerima suntikan modal sebanyak RM2,000, jelasnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.