ad
AGENDA

Projek ternakan ikan kelah di Taman Pengeluaran Makanan mula tahun depan

8 Okt 2021, 5:28 AM
Projek ternakan ikan kelah di Taman Pengeluaran Makanan mula tahun depan

SEMENYIH, 8 OKT: Projek ternakan ikan kelah akan dilaksanakan di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Sungai Batangsi bermula tahun depan.

EXCO pertanian dan industri asas tani berkata keadaan air bersih daripada hulu sungai sesuai untuk ternakan selain berpotensi menghasilkan ikan bernilai tinggi.

"Pengusaha ikan talapia merah di sini akan membantu kita membangunkan projek ini pada tahun depan.

"Kita akan membantu ternakan ini supaya lebih mesra alam menggunakan teknologi rawatan bio supaya dapat mengawal mutu air,"katanya selepas melawat di TKPM Batangsi semalam.

Jelas Ir Izham, penggunaan rawatan bio dapat mengurangkan kos elektrik serta membantu membuang kelodak menjadikan ikan dipelihara lebih sedap dan tiada unsur pencemaran.

TKPM Sungai Batangsi seluas 65 hektar diuruskan Jabatan Pertanian Selangor dan terdapat 10 pengusaha yang mengusahakan pelbagai tanaman seperti nangka dan ternakan ikan talapia merah.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.