AGENDA

Jumlah jangkitan terus turun, Selangor catat 686 kes

4 Okt 2021, 5:54 AM
Jumlah jangkitan terus turun, Selangor catat 686 kes

SHAH ALAM, 4 OKT: Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara terus menurun kepada 8,075 kes berbanding 9,066 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook menunjukkan jangkitan di Selangor juga menurun kepada 686 kes berbanding 1,000 semalam.

Dua negeri masih merekodkan jangkitan empat angka iaitu Sarawak dengan 1,189 diikuti Kelantan 1,020 kes.

Senarai angka jangkitan negeri dan wilayah seperti berikut:

Sarawak - 1,189

Kelantan - 1,020

Pulau Pinang - 853

Johor - 781

Selangor - 686

Sabah - 677

Terengganu - 636

Kedah - 628

Perak - 548

Pahang - 522

Melaka - 219

WPKL - 151

Negeri Sembilan - 108

Perlis - 36

WP Putrajaya - 19

WP Labuan - 2