ad
AGENDA

Selgate Healthcare tawar pembelian vaksin untuk tingkat angka suntikan

4 Sep 2021, 10:23 AM
Selgate Healthcare tawar pembelian vaksin untuk tingkat angka suntikan
Selgate Healthcare tawar pembelian vaksin untuk tingkat angka suntikan

PETALING JAYA, 4 SEPT: Selgate Healthcare menawarkan pembelian vaksin kepada hospital, klinik dan farmasi swasta seluruh negara bagi meningkatkan pengambilan suntikan dalam kalangan rakyat.

Ketua Pegawai Operasinya Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata penjualan dibuat anak syarikat Kerajaan Negeri bermula minggu lalu melalui Farmasi Selcare dengan kos serendah RM260 untuk dua dos lengkap.

[caption id="attachment_486248" align="alignright" width="378"] Tengku Iesta Tengku Alaudin. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

"Tawaran (pembelian) telah dibuka kepada pihak berkaitan untuk beli secara terus vaksin Sinovac daripada Selgate Healthcare.

"Sejak dijalankan minggu lepas, program ini mendapat sambutan yang baik dan setakat ini sudah menerima pembelian secara pinjaman dari Kerajaan Pulau Pinang," katanya kepada Selangorkini semalam.

Beliau ditemui selepas merasmikan penutupan pusat pemberian vaksin (PPV) Tropicana Gardens Mall di sini yang menjadi lokasi penganjuran program Vaksin Selangor (Selvax) sejak 26 Jun lalu.

Tempahan boleh dibuat melalui emel [email protected] atau hubungi talian 1-800-22-6600 dan WhatsApp (019-6661767/013-446 0366).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.