AGENDA

Jangkitan baharu pada paras 19,000, Selangor kembali catat 3,000 kes

3 Sep 2021, 8:12 AM
Jangkitan baharu pada paras 19,000, Selangor kembali catat 3,000 kes

SHAH ALAM, 3 SEPT: Jangkitan baharu Covid-19 dalam negara turun kepada 19,378 kes hari ini berbanding 20,988 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Data yang dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook menunjukkan kes di Selangor sebanyak 3,613 kes, turun lebih 400 berbanding semalam.

Semalam, negeri ini merekodkan 4,073 kes selepas mencatat 3,711 pada Rabu.

Tiga negeri kekal mencatat 2,000 kes iaitu Sarawak dengan 2,464 kes, Sabah (2,404) dan Johor (2,331).

Negeri yang merekodkan 1,000 kes:

Pulau Pinang - 1,726

Kedah - 1,470

Perak - 1,389

Kelantan - 1,356

Negeri dan wilayah merekodkan kes tiga angka:

WP Kuala Lumpur - 740

Pahang - 559

Terengganu - 532

Melaka - 399

Negeri Sembilan - 270

Negeri dan wilayah merekodkan kes terendah:

Perlis - 80

WP Putrajaya - 41

WP Labuan - 4