AGENDA

Semak pradaftar pemilih automatik mulai 1 Oktober

29 Sep 2021, 6:21 AM
Semak pradaftar pemilih automatik mulai 1 Oktober
Semak pradaftar pemilih automatik mulai 1 Oktober

SHAH ALAM, 29 SEPT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyeru 5.8 juta bakal pemilih berusia 18 tahun dan ke atas untuk menyemak dan mengesahkan maklumat masing-masing mulai 1 Oktober.

Setiausahanya Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan hari ini berkata Semakan Prapendaftaran Pemilih Automatik (SPPA) boleh dibuat melalui dua kaedah sehingga hujung bulan depan.

Kaedah pertama menggunakan MySPR SPPA melalui pautan https://mysprsppa.spr.gov.my atau hadir ke 594 tempat semakan di seluruh negara dengan mengimbas kod QR Bahagian Pilihan Raya Parlimen.

"Dalam tempoh SPPA ini, mana-mana warganegara sebagai pemilih boleh menyemak, mengesahkan maklumat dan membuat aduan dengan SPR sebelum didaftarkan secara automatik," katanya.

Ikmalrudin berkata pemilih yang tidak lagi tinggal di alamat dipaparkan perlu mengemas kini maklumat kad pengenalan mereka selewat-lewatnya hujung Oktober.

Orang ramai boleh menghubungi mana-mana pejabat pilihan raya negeri atau talian bebas tol SPR 03-8892 7018 atau layari portal www.spr.gov.my.

Berikut statistik lokasi semakan SPPA:

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.