ad
AGENDA

Warga asing harap dapat jumpa anak selepas lengkap vaksin

23 Sep 2021, 2:06 AM
Warga asing harap dapat jumpa anak selepas lengkap vaksin
Warga asing harap dapat jumpa anak selepas lengkap vaksin
Warga asing harap dapat jumpa anak selepas lengkap vaksin
Warga asing harap dapat jumpa anak selepas lengkap vaksin

KLANG, 23 SEPT: Rindu kepada anak tunggal mendorong seorang pekerja warga Indonesia menerima suntikan program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak di Kompleks Pasar Besar Meru semalam.

Puewati Ayu, 37, berkata dia dan suami meninggalkan Sulawesi, Indonesia empat tahun lalu untuk bekerja di negara ini dan sejak itu tidak bertemu anak perempuannya yang berusia 16 tahun.

[caption id="attachment_488648" align="alignleft" width="242"] Puewati Ayu[/caption]

"Kami sangat rindukan dia satu-satunya anak yang kami ada, saya harap apabila selesai divaksinasi kerajaan membenarkan aktiviti merentas ke luar negara," katanya.

Sementara itu, warga Bangladesh Muhammad Azal Hassain, 33, berharap dia boleh bekerja seperti biasa selepas lengkap dos suntikan.

[caption id="attachment_488649" align="alignright" width="240"] Muhammad Azal Hassain[/caption]

"Hampir lima bulan tidak bekerja kerana majikan tidak benarkan pekerjanya yang belum divaksin untuk bertugas kerana bimbang menjadi punca penularan wabak Covid-19," katanya.

Manakala, warga Indonesia Edi Triano, 26, berkata dia mengambil vaksin untuk melindungi diri dan orang sekeliling.

[caption id="attachment_488650" align="alignleft" width="212"] Edi Triano[/caption]

"Sebelum ini tidak tahu wujudnya Selvax bergerak tetapi selepas rakan maklumkan mengenai program ini saya terus hadir hari ini untuk menerima dos pertama," katanya.

Sebanyak 700 dos pelalian disediakan melalui Selvax bergerak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Baru Klang semalam.

Wakil rakyatnya Dato' Teng Chang Khim berkata seramai 700 individu selesai menerima suntikan dos pertama dengan sebahagian besarnya membabitkan pekerja asing.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.