AGENDA

Junjung titah Agong, laksana usul undi percaya terhadap PM

21 Sep 2021, 10:21 AM
Junjung titah Agong, laksana usul undi percaya terhadap PM

OLEH IRWAN SHAFRIZAN ISMAIL

SHAH ALAM, 21 SEPT: Semua pihak perlu menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong pada 18 Ogos lalu supaya usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dibuat di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin membuat gesaan berkenaan berikutan usul itu penting bagi mengesahkan sama ada Ismail mendapat majoriti di Dewan Rakyat atau tidak.

"Saya minta supaya kalau kita semua menjunjung titah Seri Paduka Baginda supaya adakan usul undi percaya.

"Tiada masalah untuk terima kenyataan peguam negara, ini bukan isu undang-undang semata, tapi juga amalan yang baik. Lepas lantikan hendaklah ada undi percaya, tidak salah untuk adakan," katanya ketika berbahas di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 18 Ogos, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya perdana menteri yang dilantik perlu mengemukakan segera usul undi di Dewan Rakyat bagi menentukan keabsahan jawatan beliau.

Pada 4 September, peguam negara Tan Sri Idrus Harun berkata tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan perdana menteri baharu atau kerajaan pimpinannya kerana ia ditubuhkan mengikut lunas undang-undang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.