AGENDA

Jangkitan Covid-19 di Selangor kembali rekod 1,000 kes

20 Sep 2021, 7:49 AM
Jangkitan Covid-19 di Selangor kembali rekod 1,000 kes

SHAH ALAM, 20 SEPT: Jangkitan Covid-19 di Selangor kembali ke paras 1,000 hari ini apabila merekodkan 1,365 kes, menurut ketua pengarah kesihatan.

Negeri ini merekodkan jangkitan paras yang hampir sama pada Sabtu lalu iaitu 1,995 kes.

Berdasarkan angka yang dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook menunjukkan jangkitan seluruh negara kekal pada paras semalam kepada 14,345 kes.

Jangkitan di Sarawak kembali meningkat kepada 3,611 kes diikuti Johor (1,598), Sabah (1,255), Pulau Pinang (1,170), Perak (1,090) dan Kelantan (1,050).

Jumlah jangkitan di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Kedah - 967

Terengganu - 804

Pahang - 779

WPKL - 307

Melaka - 162

Negeri Sembilan - 125

Perlis - 51

WP Putrajaya - 11

WP Labuan - 0