ad
AGENDA

Bekalan air lima kawasan Hulu Langat dijangka pulih pagi 30 September

17 Sep 2021, 10:05 AM
Bekalan air lima kawasan Hulu Langat dijangka pulih pagi 30 September

SHAH ALAM, 17 SEPT: Lima kawasan di Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 28 September ini dengan jangkaan pemulihan sepenuhnya dua hari kemudian.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan gangguan berikutan pelaksanaan kerja-kerja penggantian injap di tiga lokasi iaitu Taman Sri Indah Balakong, Inlet Cheras dan hadapan pencawang pembahagi utama The Mines.

"Kerja-kerja ini bagi memastikan sistem pengagihan bekalan air berada pada tahap yang terbaik demi keselesaan para pengguna di masa hadapan.

"Gangguan bekalan air berjadual akan bermula jam 9 malam, 28 September dan bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi, 30 September," katanya menerusi Twitter.

Antara kawasan terjejas termasuk Balakong, Green Park Resident, Bandar Sungai Long (SL 6, 9, 10, 11), Taman Bukit Palma, Bandar Mahkota Cheras (Jalan Putera, Jalan Puteri, Jalan Bendahara, Jalan Mahkota).

Air Selangor juga menasihatkan pengguna agar menyimpan air secukupnya untuk kegunaan seisi rumah dan pastikan semua bekas simpanan ditutup dengan selamat.

"Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.