ad
AGENDA

MB gulung perbahasan dewan negeri mulai jam 2.30 petang

30 Ogos 2021, 12:00 AM
MB gulung perbahasan dewan negeri mulai jam 2.30 petang

SHAH ALAM, 30 OGOS: Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dijadual menggulung perbahasan persidangan penuh Dewan Negeri Selangor (DNS) mulai jam 2.30 petang ini.

Penggulungan itu boleh disaksikan melalui menerusi  Youtube SelangorTV dan Facebook MediaSelangor. Laporan berita pula boleh diikuti melalui portal selangorkini.my

Perbahasan sidang dewan berlangsung rancak sehari selepas istiadat perasmian yang disempurnakan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada 23 Ogos.

Pada 9 Julai, Amirudin berkata persidangan itu mengikut format biasa meliputi soal jawab dan perbahasan, bukan sekadar sidang khas.

Beliau menegaskan sidang dewan dibuat dengan pematuhan ketat tatacara operasi piawai (SOP) bagi mengelakkan penularan Covid-19.

Semua individu termasuk pengamal media disyaratkan lengkap dua dos vaksin, malah saringan menggunakan kit saliva dibuat setiap hari sebelum persidangan bermula.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.