ad
AGENDA

PAKATAN desak PM baharu laksana Undi 18, akta antilompat parti

24 Ogos 2021, 11:52 AM
PAKATAN desak PM baharu laksana Undi 18, akta antilompat parti

SHAH ALAM, 24 OGOS: Pakatan Harapan (PAKATAN) menggesa pentadbiran Perdana Menteri baharu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melaksanakan Undi 18 dan Akta AntiLompat Parti.

Majlis Presiden menerusi kenyataan berkata langkah reformasi itu perlu bagi menyelamatkan rakyat daripada pandemik Covid-19, krisis ekonomi dan kemelut politik.

"Memandangkan Kerajaan terdahulu yang dipimpin bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal menangani pelbagai masalah termasuk isu Covid-19.

"Memandangkan Jemaah Menteri yang baharu bakal dibentuk, PAKATAN Berpandangan Perdana Menteri wajar memberikan pertimbangan terhadap isu yang dibangkitkan di atas demi rakyat dan negara," katanya menerusi kenyataan bersama.

Kenyataan dibuat bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Antara dasar dan langkah reformasi lain yang digaris PAKATAN termasuk:

  • Menambah baik Pelan Pemulihan Negara dengan pelaksanaan program FTTIS+V (find, test, trace, isolate and support plus vaccinate) dan memastikan sokongan tambahan kepada sistem kesihatan awam
  • Reformasi fiskal dengan meningkatkan jumlah bantuan termasuk suntikan tunai RM45 bilion secara langsung kepada pekerja, perniagaan dan sektor kesihatan dan program moratorium tanpa faedah
  • Reformasi institusi dengan memperkasa Parlimen melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen, memperkukuh fungsi semak imbang Parlimen dan mengiktiraf peranan pembangkang

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.