AGENDA

Jumlah jangkitan di Sabah melonjak, Selangor kekal paras 4,000 kes

24 Ogos 2021, 7:27 AM
Jumlah jangkitan di Sabah melonjak, Selangor kekal paras 4,000 kes

SHAH ALAM, 24 OGOS: Jangkitan baharu Covid-19 di Sabah terus melonjak hari ini apabila merekodkan 3,376 berbanding 2,474 kes semalam.

Menurut ketua pengarah kesihatan, Selangor kekal pada paras semalam iaitu 4,645 kes direkodkan.

Berdasarkan data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, jangkitan seluruh negara kembali naik hari ini kepada 20,837 berbanding 17,672 kes semalam.

Pulau Pinang turut mengalami lonjakan jangkitan kepada 2,054 berbanding 1,451 kes semalam.

Enam negeri lagi yang merekodkan jangkitan lebih 1,000 kes seperti berikut:

Kedah - 1,772

Johor - 1,743

Sarawak - 1,543

Kelantan - 1,422

WPKL - 1,284

Perak - 1,242

Sementara negeri lain kebanyakan menunjukkan jumlah jangkitan tiga angka iaitu:

Pahang - 521

Melaka - 396

Terengganu - 383

Negeri Sembilan - 351

Negeri dan wilayah lain yang merekodkan kes dua angka pula:

Perlis - 74

WP Putrajaya - 27

WP Labuan - 4