ad
AGENDA

MB doakan kejayaan atlet paralimpik di Tokyo

23 Ogos 2021, 2:46 PM
MB doakan kejayaan atlet paralimpik di Tokyo
MB doakan kejayaan atlet paralimpik di Tokyo

SHAH ALAM, 23 OGOS: Dato' Menteri Besar mendoakan kejayaan buat atlet istimewa negara yang bakal beraksi di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

"Selamat berjaya kepada kontinjen paralimpik kebangsaan yang akan mengambil bahagian di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 bermula esok.

"Doa kami bersama anda. Bersama menempah kejayaan," kata Dato' Seri Amirudin Shari di Facebook.

Seramai 22 atlet termasuk empat atlet wanita akan menggalas cabaran negara dalam sembilan jenis sukan pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 mulai esok sehingga 5 September ini.

Berdasarkan rekod, Malaysia mengambil bahagian pada sukan tersebut sejak 1972 dan telah mengumpul 11 pingat iaitu tiga emas, dua perak dan enam gangsa.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.