AGENSI

Polis kawal PPV Evo Mall selepas diserbu 3,000 individu

22 Ogos 2021, 8:55 AM
Polis kawal PPV Evo Mall selepas diserbu 3,000 individu

SHAH ALAM: 22 OGOS: Polis berjaya mengawal kesesakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Evo Mall, Bangi selepas diserbu 3,000 orang yang mahu menerima suntikan pelalian, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata kehadiran warga tempatan dan asing dalam jumlah besar bermula kira-kira jam 9 pagi untuk mendapat vaksin secara serentak menjadi terganggu.

"Bagaimanapun pada jam 12 tengah hari keadaan kembali teratur dengan bantuan seorang pegawai dan enam anggota polis dari Balai Polis Bandar Baru Bangi," katanya menerusi kenyataan.

Pada 17 Ogos, seramai 15,300 individu disuntik menerusi program Vaksin Selangor (Selvax) di PPV Evo Mall setakat 16 Ogos, kata penyelarasnya.

Amiroel Zhafran Mohd Ismadi berkata jumlah itu merangkumi 5,000 penyertaan untuk Selvax Komuniti, manakala selebihnya Selvax Industri dengan purata sehari seramai 1,000 individu menerima pelalian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.