AGENDA

Rekod baharu jangkitan 22,948 kes, sembilan negeri catat empat angka

19 Ogos 2021, 7:25 AM
Rekod baharu jangkitan 22,948 kes, sembilan negeri catat empat angka

SHAH ALAM, 19 OGOS: Jumlah jangkitan di seluruh negara terus meningkat kepada 22,948 kes hari ini dengan sembilan negeri mencatatkan angka lebih 1,000 kes.

Selain Selangor yang meningkat kepada 7,175 kes, Sabah dan Kedah masing-masing mencatat jumlah besar 2,583 dan 2,137 kes.

Enam negeri lagi yang merekodkan jangkitan lebih 1,000 kes seperti berikut:

Pulau Pinang - 1,655

Johor - 1,526

Kuala Lumpur - 1,439

Kelantan - 1,271

Perak - 1,229

Sarawak - 1,206

Sementara negeri dan wilayah lain kebanyakan menunjukkan jumlah lebih 500 kes seperti senarai di bawah:

Melaka - 737

Pahang - 736

Terengganu - 621

Negeri Sembilan - 556

Perlis - 42

Putrajaya - 26

Labuan - 9