AGENDA

Jangkitan berkurang lagi, Selangor terus turun kepada 6,565 kes

8 Ogos 2021, 7:40 AM
Jangkitan berkurang lagi, Selangor terus turun kepada 6,565 kes
Jangkitan berkurang lagi, Selangor terus turun kepada 6,565 kes

SHAH ALAM, 8 OGOS: Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara berkurang lagi kepada 18,688 kes hari ini berbanding 19,257 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Angka yang dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook menunjukkan jangkitan di Selangor juga terus menurun kepada 6,565 kes berbanding 7,084 semalam.

Jangkitan di Kuala Lumpur juga menurun kepada 1,883 berbanding 2,450 kes semalam manakala Kedah, Sabah dan Johor kekal kes empat angka iaitu masing-masing 1,610, 1,379 dan 1,308 kes.

Sementara itu, kes di Negeri Sembilan meningkat kepada 1,140 berbanding 884 semalam dan Perlis kembali merekodkan jangkitan terendah iaitu enam kes berbanding 41 semalam.

Pecahan kes di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Kelantan - 870

Perak - 861

Pulau Pinang - 694

Pahang - 602

Terengganu - 598

Sarawak - 581

Melaka - 526

WP Putrajaya - 63

WP Labuan - 2