AGENSI

LZS agih bantuan makanan kepada keluarga asnaf terjejas di Sungai Panjang

3 Ogos 2021, 3:18 AM
LZS agih bantuan makanan kepada keluarga asnaf terjejas di Sungai Panjang

SHAH ALAM, 3 OGOS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan bakul makanan kepada beberapa keluarga asnaf terkesan di Parit 12 Sungai Panjang dekat sini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan bantuan tersebut diuruskan cawangan Sabak Bernam untuk golongan berkaitan di kariah Masjid Nurul Falah hasil maklumat Penolong Amil Kariah (PAK).

"Kerjasama diberikan oleh PAK memastikan bantuan dapat disalurkan kepada mereka memerlukan dengan kadar segera," katanya.

LZS berterima kasih kepada pembayar zakat dan menjelaskan tanggungjawab dipukul bersama dengan baik bagi memastikan amanah tersebut dapat dilaksanakan sebaiknya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.