AGENDA

Jangkitan turun kepada 15,000 kes, Selangor masih paras 6,000

2 Ogos 2021, 7:19 AM
Jangkitan turun kepada 15,000 kes, Selangor masih paras 6,000
Jangkitan turun kepada 15,000 kes, Selangor masih paras 6,000

SHAH ALAM, 2 OGOS: Jumlah jangkitan Covid-19 menurun lebih 1,000 dengan 15,764 kes dicatatkan hari ini berbanding 17,150 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook menunjukkan kes di Selangor masih kekal pada paras 6,000 iaitu 6,067 kes manakala 6,326 direkodkan semalam.

Jangkitan di Kuala Lumpur berkurang kepada 1,536 kes berbanding 2,086 semalam.

Manakala kes di Kedah, Johor dan Sabah kekal empat angka iaitu masing-masing 1,108, 1,222 dan 1,166 kes.

Pecahan kes negeri/wilayah lain:

Negeri Sembilan - 862

Perak - 748

Pulau Pinang - 667

Kelantan - 552

Pahang - 475

Melaka - 463

Terengganu - 425

Sarawak - 411

WP Putrajaya - 46

WP Labuan - 7

Perlis - 9