AGENDA

MB: 1.17 juta penduduk Selangor lengkap dua dos suntikan vaksin

31 Jul 2021, 12:58 PM
MB: 1.17 juta penduduk Selangor lengkap dua dos suntikan vaksin

SHAH ALAM 31 JULAI: Seramai 1.17 juta atau 24.7 peratus penduduk Selangor lengkap menerima dua dos vaksin setakat hari ini, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan sejumlah 4.28 juta dos diberi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Berdasarkan perkongsian infografik di Facebook beliau, seramai 3.11 juta atau 65.5 peratus sudah menerima dos pertama pelalian.

Manakala menerusi infografik sama sejumlah 176,837 dos disuntik menerusi program Vaksin Selangor (Selvax).

Kelmarin jumlah rakyat Selangor menerima vaksin mencecah lebih sejuta apabila seramai 1.04 juta atau 22 peratus penduduk Selangor lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

Sebanyak dua juta dos vaksin disediakan Kerajaan Negeri kepada pekerja termasuk warga asing bagi mengawal perebakan wabak di tempat kerja menerusi Selvax Industri.

Selvax Komuniti pula memanfaatkan 250,000 rakyat yang belum divaksin membabitkan 500,000 dos.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.