AGENDA

Jangkitan harian turun kepada 17,170, Selangor kekal pada paras 7,000

29 Jul 2021, 7:17 AM
Jangkitan harian turun kepada 17,170, Selangor kekal pada paras 7,000
Jangkitan harian turun kepada 17,170, Selangor kekal pada paras 7,000

SHAH ALAM, 29 JULAI: Jumlah jangkitan Covid-19 hari ini terus sedikit menurun kepada 17,170 berbanding 17,405 kes semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook memaklumkan jangkitan di Selangor turun enam kes iaitu 7,163 berbanding 7,171 kes semalam.

Jangkitan di Kuala Lumpur turut mengalami penurunan kepada 2,138 berbanding 2,880 kes semalam.

Manakala Kedah dan Johor masing-masing mencatat lebih 1,000 kes iaitu 1,212 dan 1,054.

Berikut pecahan jangkitan di negeri/wilayah lain:

Negeri Sembilan - 884

Sabah - 776

Pahang - 638

Kelantan - 615

Perak - 596

Sarawak - 582

Pulau Pinang - 554

Terengganu - 437

Melaka - 416

WP Putrajaya - 84

WP Labuan - 11

Perlis - 10