AGENDA

MB: 763,000 penduduk Selangor lengkap dua dos vaksin Covid-19

22 Jul 2021, 3:30 PM
MB: 763,000 penduduk Selangor lengkap dua dos vaksin Covid-19
MB: 763,000 penduduk Selangor lengkap dua dos vaksin Covid-19

SHAH ALAM, 22 JULAI: Seramai 763,000 individu di Selangor telah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 setakat hari ini.

Dato' Menteri Besar memaklumkan, secara keseluruhan sebanyak 3.08 juta dos diberi kepada penduduk menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Berdasarkan perkongsian infografik di Facebook Dato’ Seri Amirudin Shari, seramai 2.31 juta orang menerima dos pertama di bawah program PICK.

Mengikut maklumat infografik yang dilampirkan juga, sebanyak 93,993 dos vaksin diberi kepada penduduk menerusi Program Vaksin Selangor (Selvax).

Pada 16 Julai, Amirudin memaklumkan semua warga Selangor yang telah mendaftar akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang 1 Ogos.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.