AGENDA

Hanya 0.8 peratus pesakit Covid-19 kategori serius

16 Jul 2021, 2:21 PM
Hanya 0.8 peratus pesakit Covid-19 kategori serius

SHAH ALAM, 16 JULAI: Hanya 0.8 peratus daripada keseluruhan jangkitan baharu Covid-19 hari ini diklasifikasi sebagai kategori empat dan lima.

Menurut perkongsian Kementerian Kesihatan (KKM) di Facebook, hanya 49 kes daripada 12,541 jangkitan dalam kategori empat manakala 54 kes kategori lima.

Data sama menunjukkan sebanyak 51.9 peratus atau 6,504 kes adalah kategori satu, kategori dua dengan 5,848 kes (46.6 peratus) dan kategori tiga sebanyak 86 kes (0.7 peratus).

Untuk rekod, kategori satu bermaksud tiada gejala, kategori dua gejala ringan dan kategori tiga mempunyai jangkitan paru-paru.

Kategori empat pula merujuk kes dengan gejala jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen manakala kategori lima kes kritikal dengan jangkitan paru-paru dan bergantung pada ventilator atau bantuan pernafasan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.