AGENSI

Zakat Selangor agih makanan ringan di pusat penilaian Covid-19

13 Jul 2021, 1:44 AM
Zakat Selangor agih makanan ringan di pusat penilaian Covid-19

SHAH ALAM, 13 JULAI: Sebanyak 2,000 set makanan ringan akan diagih kepada orang ramai yang hadir membuat penilaian kesihatan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati hari ini.

Set makanan mengandungi roti dan air adalah sumbangan Lembaga Zakat Selangor untuk memudahkan urusan orang ramai di pusat penilaian berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Saipolyazan M Yusop memaklumkan, sumbangan menggunakan wang Amil (pengurusan) dilaksana selama 30 hari.

"Hari ini Insya-Allah saya bersama team zakat akan berada di CAC Stadium Melawati menyampaikan sumbangan 2,000 bungkusan roti dan air yang akan diedarkan kepada orang ramai yang hadir untuk proses penilaian Covid-19," katanya menerusi Facebook.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.