AGENSI

Majikan diseru daftar segera pekerja untuk divaksin menerusi Pikas

7 Jul 2021, 12:51 AM
Majikan diseru daftar segera pekerja untuk divaksin menerusi Pikas

SHAH ALAM, 7 JULAI: Majikan diseru mendaftar segera pekerja mereka menerusi Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam Swasta (Pikas).

Pengarah kesihatan Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata langkah itu bagi mengurangkan jangkitan di tempat kerja yang mana 80 peratus jangkitan wabak berpunca daripada kluster tersebut.

"Kita tahu Selangor maju dan banyak industri penyumbang kepada ekonomi negara tetapi pada masa sama kita perlu memastikan pekerja sihat.

"Justeru, saya menyeru majikan segera daftar pekerja. Terima kasih kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) kerana melaksanakan inisiatif Pikas ini," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi siaran langsung Agenda Awani bertajuk Urus Situasi Kritikal PKPD di Selangor, malam tadi.

Pikas dilancar pada 12 Jun lalu sebagai langkah responsif kepada cadangan daripada persatuan industri, dewan perniagaan serta Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk membantu mempercepat vaksinasi khususnya pekerja di kilang dan lokasi perindustrian yang dikenal pasti.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.