AGENDA

Jangkitan Covid-19 hampiri angka 7,000, Selangor masih sekitar 2,800 kes

1 Jul 2021, 7:00 AM
Jangkitan Covid-19 hampiri angka 7,000, Selangor masih sekitar 2,800 kes
Jangkitan Covid-19 hampiri angka 7,000, Selangor masih sekitar 2,800 kes

SHAH ALAM, 1 JULAI: Jumlah jangkitan Covid-19 menghampiri angka 7,000 hari ini dengan 6,988 kes dicatat berbanding 6,276 semalam.

Ketua pengarah kesihatan menerusi Facebook memaklumkan Selangor merekodkan 2,885 kes. Semalam negeri ini mencatatkan jumlah 2,836 kes.

Angka jangkitan terbaharu menjadikan jumlah keseluruhannya 758,967 kes sejak virus ini menular awal tahun lepas.

Jumlah kes di negeri lain yang dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah seperti berikut:

Kuala Lumpur – 988

Negeri Sembilan – 692

Sarawak – 544

Melaka – 311

Johor – 270

Kedah – 250

Sabah – 232

Pahang – 195

Pulau Pinang – 174

Perak – 149

Labuan – 129

Kelantan – 108

Terengganu – 50

Putrajaya – 10

Perlis – 1