AGENDA

Empat hari berturut Covid-19 catat angka 5,000, Selangor lebih 2,000 kes

26 Jun 2021, 7:03 AM
Empat hari berturut Covid-19 catat angka 5,000, Selangor lebih 2,000 kes
Empat hari berturut Covid-19 catat angka 5,000, Selangor lebih 2,000 kes

SHAH ALAM, 26 JUN: Jumlah jangkitan Covid-19 kekal angka 5,000 empat hari berturut-turut apabila merekodkan 5,803 kes hari ini, menurut ketua pengarah kesihatan.

Data di Faceboook Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut menunjukkan Selangor kekal angka jangkitan 2,000 dengan 2,108 kes direkodkan.

Semalam Malaysia merekodkan kes sebanyak 5,812, manakala pada Khamis (5,841) dan Rabu (5,244). Sementara negeri ini merekodkan 2,187 kes semalam.

Berdasarkan jumlah tersebut, bilangan keseluruhan kes di negara ini ialah 728,462 dan Selangor dengan 239,415 kes kesemuanya.

Pecahan kes di negeri/wilayah lain:

Negeri Sembilan - 741

Kuala Lumpur - 628

Sarawak - 491

Melaka - 355

Johor - 329

Pahang - 220

Sabah - 189

Kedah - 186

Pulau Pinang - 160

Perak - 137

Kelantan - 103

Labuan - 99

Terengganu - 29

Putrajaya - 24

Perlis - 4