ad
AGENSI

SSDU bangun sistem pintar pantau pencemaran air

23 Jun 2021, 8:31 AM
SSDU bangun sistem pintar pantau pencemaran air

SHAH ALAM, 23 JUN: Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) sedang membangunkan sistem pemantauan pencemaran bekalan air yang dijangka diperkenalkan tahun ini.

Pengarah urusannya berkata sistem itu dibangunkan dengan kerjasama swasta bersama tujuh lagi inisiatif terdiri pemantauan penularan Covid-19, penyelenggaraan serta kawalan jalan raya dan lampu jalan pintar.

Ekosistem perusahaan kecil dan sederhana, sistem pemprosesan serta kelulusan kerajaan, platform pembayaran digital kerajaan dan pemantauan indeks kualiti udara.

"Perkara ini sedang diperincikan SSDU bersama Kerajaan Negeri yang akan diumumkan dalam waktu terdekat.

"Pada bulan ini kita telah memulakan proses menyatakan hasrat untuk mendapatkan penyertaan swasta dalam inisiatif terbabit," kata Dr Fahmi Ngah ketika dihubungi di sini.

Pada masa ini, terdapat beberapa aplikasi Smart Selangor digunakan dalam perkhidmatan harian antaranya Smart Selangor Parking, Citizen E-Payment Platform dan Scan To Ride.

Inisiatif itu membantu meningkatkan perkhidmatan awam dan memudahkan urusan orang ramai yang selaras misi Selangor sebagai Negeri Pintar 2025.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.