ad
AGENDA

OKU layak syarat boleh mohon bantuan khas bermula 1 Julai

15 Jun 2021, 6:10 AM
OKU layak syarat boleh mohon bantuan khas bermula 1 Julai
OKU layak syarat boleh mohon bantuan khas bermula 1 Julai
OKU layak syarat boleh mohon bantuan khas bermula 1 Julai

SHAH ALAM, 15 JUN: Permohonan bantuan khas RM500 bagi orang kelainan upaya (OKU) yang diumum menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 akan dibuka bermula 1 Julai ini.

Dato' Menteri Besar menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan inisiatif itu memanfaat 1,200 OKU di Selangor yang terkesan pendapatan akibat pandemik Covid-19

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di pautan

https://www.anisselangor.com/bantuanoku atau hubungi hotline 0182567093/0182356213 untuk pertanyaan lanjut.

Menerusi hantaran sama, Dato' Seri Amirudin Shari turut berkongsi syarat kelayakan antaranya warganegara, berusia 18 tahun ke atas dan pemegang kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.

Pakej Kita Selangor 2.0 diumum Amirudin pada 9 Jun lalu memperuntukkan bantuan RM600,000 bagi golongan OKU yang terjejas sumber pendapatan, hilang pekerjaan tetap atau pengurangan gaji akibat wabak Covid-19.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.