AGENDA

Anwar usul rayuan tamat darurat kepada Agong

9 Jun 2021, 4:50 AM
Anwar usul rayuan tamat darurat kepada Agong

KUALA LUMPUR, 9 JUN: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau mengemukakan rayuan penamatan darurat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Usul berkenaan antara perkara yang dibawakan ketika lebih satu jam sembah menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara pada Rabu, lapor portal Sinar Harian.

Anwar berkata, beberapa isu semasa berkaitan pandemik Covid-19 turut dibawakan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sejurus keluar dari pintu Istana Negara pada jam 11.54 pagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.