ad
AGENDA

Selangor kesan satu kes penyakit kulit pada lembu di Gombak

5 Jun 2021, 8:37 AM
Selangor kesan satu kes penyakit kulit pada lembu di Gombak
Selangor kesan satu kes penyakit kulit pada lembu di Gombak

SHAH ALAM, 5 JUN: Jabatan Perkhidmatan Veteriner (DVS) Selangor mengesan satu kes disyaki penyakit kulit kental (LSD) yang pertama di negeri ini di Gombak pada Rabu lalu.

EXCO Pertanian, Ir Izham Hashim berkata kes dikesan selepas terdapat tanda jangkitan penyakit pada lima ekor lembu pedaging.

"Sampel nodul dan darah lembu itu telah diambil dan dihantar ke makmal veterinar untuk ujian pengesahan.

"Pemilik lembu diarah mengasingkan ternakan yang sakit untuk dikuarantin serta tidak memindahkan ternakan keluar atau masuk ladang," katanya menerusi kenyataan.

Menurut Izham, DVS Selangor kini sedang melaksanakan survelan aktif di semua ladang lembu dan kerbau.

"Penguat kuasa DVS Selangor akan mengawal sempadan negeri bagi mengelak kemasukan ternakan tidak mempunyai permit perjalanan dan sijil sah.

"Dalam masa sama, jabatan dan agensi Kerajaan Selangor akan bekerjasama dalam menangani masalah ini termasuk membanteras aktiviti penyeludupan ternakan dan melaksanakan pemusnahan vektor di ladang yang berisiko tinggi," katanya.

Pada 2 Jun Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) mengesan penyakit tersebut pada 42 lembu hidup dari Thailand yang dikuarantin.

Jumlah itu sebahagian daripada 1,434 lembu yang diimport pada 26 April lalu, yang diasingkan sebelum dibenarkan masuk ke negara ini.

Penyakit LSD menular di Asia sejak 2019 antaranya di Bangladesh, India, China dan terbaharu Thailand.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.