AGENDA

Lepas Sungai Buloh, Hospital Selayang pula sedia kontena jenazah mangsa Covid-19

27 Mei 2021, 3:16 PM
Lepas Sungai Buloh, Hospital Selayang pula sedia kontena jenazah mangsa Covid-19

SHAH ALAM, 27 MEI: Selepas Hospital Sungai Buloh, kini Hospital Selayang pula terpaksa menyediakan kontena khas bagi menempatkan mayat pesakit Covid-19.

Menurut perkongsian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Facebook, kontena itu untuk menampung tambahan jenazah berikutan angka kes kematian yang tinggi.

"Kontena khas yang disediakan Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang ini boleh menempatkan 20 jenazah/mayat tambahan memandangkan peti mayat di hospital itu sentiasa penuh," kata kementerian.

Angka korban akibat jangkitan Covid-19 semakin bertambah terutama di Lembah Klang apabila merekodkan 59 kes hari ini.

Seramai 2,491 orang maut disebabkan virus itu sejak pandemik menular tahun lalu.

Sebelum ini, Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan jenazah mangsa Covid-19.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.