AGENDA

Covid-19: Hanya 11 zon hijau, sebahagian besar Semenanjung zon merah

23 Mei 2021, 8:18 AM
Covid-19: Hanya 11 zon hijau, sebahagian besar Semenanjung zon merah
Covid-19: Hanya 11 zon hijau, sebahagian besar Semenanjung zon merah
Covid-19: Hanya 11 zon hijau, sebahagian besar Semenanjung zon merah

SHAH ALAM, 23 MEI: Hanya 11 zon hijau, 21 zon kuning dan 14 zon jingga di Malaysia dalam tempoh 14 hari taburan kes Covid-19 sejak 9 Mei sehingga semalam.

Berdasarkan infografik yang dikongsi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hanya Sabah dan Sarawak mempunyai zon hijau iaitu lapan di Sabah dan tiga lagi di Sarawak.

Situasi di Semenanjung dilihat kritikal apabila tiada zon hijau dan hanya 13 kawasan yang masih bertahan daripada bertukar menjadi zon merah iaitu masing-masing empat zon kuning dan sembilan zon jingga.

Empat zon kuning di Semenanjung itu ialah Rompin, Kemaman, Gua Musang dan Sik. Manakala sembilan zon jingga pula Perlis, Perak Tengah, Kampar, Tampin, Mersing, Maran, Kuala Terengganu dan Padang Terap.

Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Melaka menyaksikan semua daerah di negeri terbabit berada dalam zon merah dengan Selangor mencatat bilangan kes tertinggi iaitu 23,170 kes daripada 66,353 kes di seluruh negara.

Zon hijau merujuk kawasan yang tiada kes positif manakala zon kuning pula kawasan yang mempunyai satu hingga 20 kes positif.

Kawasan yang mempunyai 21 hingga 40 kes positif dirujuk sebagai zon jingga dan zon merah pula mempunyai lebih daripada 40 kes positif virus berkenaan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.