AGENDA

Langgar SOP raya: Norman Hakim, keluarga dipanggil polis

18 Mei 2021, 3:38 AM
Langgar SOP raya: Norman Hakim, keluarga dipanggil polis

SHAH ALAM, 18 MEI: Ahli keluarga pelakon Norman Hakim akan dipanggil polis susulan tular gambar ziarah raya yang didakwa melanggar tatacara operasi piawai (SOP) Aidilfitri.

Ketua polis Daerah Ampang berkata pihaknya menerima satu laporan sambutan hari raya seisi keluarga itu yang disyaki tidak tinggal sebumbung, lapor MStar.

"Aktiviti berkenaan adalah tidak dibenarkan sepanjang PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dilaksanakan.

"Kejadian itu disyaki berlangsung di kediaman selebriti berkenaan yang terletak di Hulu Kelang," kata Mohamad Farouk Eshak.

Siasatan dijalankan di bawah Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Sebelum ini, tular di media sosial gambar Norman dan keluarga termasuk bekas isteri Abby Abadi berkumpul pada 1 Syawal yang menjadi pertikaian orang ramai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.