AGENDA

MB ucap takziah kepada keluarga ketua pengarang Malay Mail

14 Mei 2021, 4:55 AM
MB ucap takziah kepada keluarga ketua pengarang Malay Mail

SHAH ALAM, 14 MEI: Dato' Menteri Besar mengucapkan takziah kepada keluarga Ketua Pengarang Malay Mail Datuk Wong Sai Wan yang meninggal dunia pagi tadi.

Dato' Seri Amirudin Shari turut menyifatkan pemergian Sai Wan sebagai kehilangan besar dalam industri media.

"Kita kehilangan satu nama besar sepanjang tempoh perjuangan menentang pandemik Covid-19," katanya menerusi Facebook hari ini.

Kira-kira jam 6 pagi tadi, Sai Wan,59, disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya.

Mendiang meninggalkan isteri, Loo Poh Ling serta dua anak, Wong Chee Mun dan Wong Yik Pen.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai wartawan akhbar The Star pada awal 1980-an.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.