AGENDA

MB, Lazada bincang potensi pendigitalan

11 Mei 2021, 10:40 AM
MB, Lazada bincang potensi pendigitalan

SHAH ALAM, 11 MEI: Kerajaan Negeri mengadakan perbincangan secara dalam talian bersama Lazada Malaysia berhubung potensi industri pendigitalan.

Perbincangan itu melibatkan Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari, EXCO Pelaburan, Dato' Teng Chang Khim dan Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Magnus Ekbom.

"Perbincangan secara maya itu membincangkan potensi pelaburan digital di Selangor, memperluas sektor e-dagang dan mempromosi pendigitalan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS)," maklum Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) di Facebook.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor memperuntuk RM5 juta bagi Geran Padanan Digital kepada PKS bagi pendigitalan perniagaan.

Perbincangan berkenaan dihoskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec), Yong Kai Ping.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.