AGENSI

Pelajar kolej komuniti seluruh negeri dihantar pulang

8 Mei 2021, 3:30 AM
Pelajar kolej komuniti seluruh negeri dihantar pulang

SHAH ALAM, 8 MEI: Seramai 23 pelajar kolej komuniti seluruh negeri dihantar pulang ke kediaman masing-masing mulai semalam sempena sambutan Aidilfitri.

Penyelarasnya Arman Hashim dalam kenyataan berkata penghantaran menggunakan kenderaan kolej bermula dari zon pantai timur, utara dan selatan.

"Pengangkutan untuk mengambil pelajar mengikut jadual ditetapkan sebelum berangkat ke destinasi.

“Dalam usaha mengekang penularan Covid-19, pihak kolej juga sentiasa memastikan pelajar mematuhi tatacara operasi piawai (SOP)," katanya.

Beliau berkata pelajar akan kembali semula ke kampus masing-masing bermula 16 Mei dan menjalani proses pengasingan sebelum memulakan kuliah.

Kira-kira 70,000 daripada 162,414 pelajar institusi pengajian tinggi yang tinggal di kampus pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat mulai semalam.

Mereka adalah pelajar universiti awam dan swasta, politeknik serta kolej komuniti.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.