AGENSI

Sabak Bernam catat kes Covid-19 terendah di Selangor

6 Mei 2021, 2:34 PM
Sabak Bernam catat kes Covid-19 terendah di Selangor

SHAH ALAM, 6 MEI: Sabak Bernam menjadi daerah tunggal di negeri ini merekodkan jumlah kes baharu Covid-19 kurang daripada 10 hari ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan daripada 1,137 kes dilapor hanya lapan dicatat daerah itu iaitu masing-masing empat di mukim Panchang Bendena, Sabak (tiga) dan Pasir Panjang (satu).

"Kes tertinggi masih di Petaling dengan 433 kes, diikuti Hulu Langat (321), Gombak (109) dan Klang (106).

"Daerah lain pula merekodkan kes bawah 50 iaitu Kuala Selangor dengan 46 kes, Kuala Langat (45), Sepang (38) dan Hulu Selangor (22)," katanya menerusi Facebook.

JKNS memaklumkan daripada kesemua jangkitan Covid-19 hari ini, sebanyak 1,104 adalah kes dalam komuniti, penjara/lokap (24) dan import (sembilan).

Kata agensi itu secara keseluruhan 138,846 kes penularan Covid-19 dilapor di Selangor dengan 414 kematian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.