AGENDA

Pelancongan antara negeri PKPP digantung serta-merta

4 Mei 2021, 12:28 PM
Pelancongan antara negeri PKPP digantung serta-merta

SHAH ALAM, 4 MEI: Kerajaan menggantung kebenaran rentas negeri melalui Gelembung Pelancongan Bersasar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ke PKPP bagi tujuan pelancongan menggunakan agensi pelancongan berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan dibuat berikutan peningkatan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini.

"Gelembung Pelancongan Bersasar itu akan diteruskan semula apabila kita merasakan ia sesuai untuk dilaksanakan," katanya dalam sidang media hari ini.

Pada 10 Mac lalu, kerajaan membenarkan aktiviti pelancongan rentas negeri di antara negeri di bawah PKPP ke negeri PKPP yang lain di bawah program Gelembung Pelancongan Bersasar.

Aktiviti tersebut tertakluk kepada tatacara operasi piawai (SOP) ketat, termasuk perlu melalui agensi pelancongan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.