AGENSI

Rai Nuzul Quran, warga emas Bait al-Mawaddah anjur mini tilawah

4 Mei 2021, 1:59 AM
Rai Nuzul Quran, warga emas Bait al-Mawaddah anjur mini tilawah

SHAH ALAM, 4 MEI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menganjurkan sambutan Nuzul al-Quran di pusat jagaan warga emas Bait al-Mawaddah di sini, Jumaat lalu.

Antara program yang diatur ialah slot ceramah yang disampaikan Pencetus Ummah Nor Hamizi Jamaluddin secara maya dan pertandingan mini tilawah.

Turut diadakan, mini kuiz al-Quran, pentandingan melakar poster dan khatam al-Quran.

"Majlis ini kemuncak bagi aktiviti kerohanian sepanjang Ramadan mulai 12 April yang dikendalikan oleh Unit Kerohanian dengan kerjasama warga kerja Bait al-Mawaddah," menurut LZS di Facebook.

Agensi itu menambah pusat jagaan terbabit turut menganjurkan solat tarawih berjemaah, tadarus al- Quran, program literasi al-Quran dan bayaran zakat fitrah sepanjang Ramadan.

"Mudah-mudahan dengan aktiviti seperti ini ayahanda dan bonda Bait al-Mawaddah akan terus mencintai al-Quran dengan mengamalkan membaca dan mentadabbur sepanjang masa," kata LZS.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.