ad
BERITA UTAMA

Peniaga dua bazar ditutup digalak sertai e-dapur

2 Mei 2021, 1:04 AM
Peniaga dua bazar ditutup digalak sertai e-dapur

SHAH ALAM, 2 MEI: Peniaga dua bazar Ramadan di Selangor yang diarah tutup mulai semalam digalak menyertai program e-dapur bagi terus menjana pendapatan.

EXCO kerajaan tempatan berkata melalui program di bawah Platform Selangor (Plats 2.0), peniaga masih dapat beroperasi walaupun tidak mempunyai gerai fizikal.

"Mereka dapat teruskan perniagaan secara dalam talian. Bukan hanya peniaga di dua bazar ini sahaja sebaliknya semua peniaga turut digalak menyertai program e-dapur," kata Ng Sze Han selepas melancarkan laluan tambahan Bas Smart Selangor di Kota Raja semalam.

Program e-dapur tahun ini diteruskan dan tidak hanya beroperasi di bulan Ramadan sahaja selepas ia diperkenalkan pada April tahun lalu.

Sementara itu, Ng Sze Han berkata pihaknya akan terus memantau tatacara operasi piawai (SOP) di bazar bagi memastikan semua pihak mematuhi peraturan.

"Mana-mana bazar yang gagal mengikut ketetapan akan terus ditutup," katanya.

Bermula semalam, bazar Ramadan di Pusat Sementara Penjaja/Basar Ramadhan Puncak Jalil, Subang Jaya serta Stesen LRT Cempaka, Ampang Jaya diarah tutup bagi membendung jangkitan Covid-19.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.