ad
AGENSI

Rancang e-dapur sepanjang masa, tidak hanya ketika Ramadan - MB

6 Mac 2021, 11:43 AM
Rancang e-dapur sepanjang masa, tidak hanya ketika Ramadan - MB

AMPANG, 6 MAC: Program e-dapur yang memberi manfaat besar kepada peniaga dalam menjana pendapatan akan diteruskan tahun ini.

Dato’ Menteri Besar berkata program diperkenalkan April tahun lalu susulan penularan pandemik Covid-19 turut dirancang berjalan sepanjang masa dan tidak hanya ketika Ramadan.

“E-dapur memberi faedah besar kepada peniaga. YB Rodziah Ismail (EXCO Pembangunan Usahawan) sedang mengatur perkara ini,” kata Dato' Seri Amirudin Shari ketika ditemui selepas merasmikan Pusat Khidmat (Penyelaras) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya.

Program e-dapur merupakan inisiatif pendigitalan bagi membantu usahawan meneruskan operasi secara dalam talian bagi memperluaskan akses pasaran.

Melalui kerjasama Grab dan Platform Selangor (Plats), ia berjaya membantu 133 usahawan dengan jumlah jualan mencecah RM1.5 juta.

Sementara itu, beliau berkata pembukaan bazar Ramadan tahun ini bergantung kepada keadaan semasa dan sekiranya dibenarkan akan dijalankan dengan tatacara operasi piawai ketat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.