ad
ADN

Sumbangan Ramadan RM15,000 untuk masjid, surau di Bukit Gasing

28 Apr 2021, 2:19 AM
Sumbangan Ramadan RM15,000 untuk masjid, surau di Bukit Gasing

SHAH ALAM, 28 APRIL: Masjid dan surau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gasing menerima sumbangan RM15,000 sempena Ramadan ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN)nya berkata bantuan diperuntuk kepada tiga masjid dengan masing-masing memperoleh RM3,000 manakala enam surau mendapat RM1,000 setiap satu.

"Memang setiap tahun menjelang Ramadan menerusi peruntukan ADN, kita akan menyumbang kepada semua rumah ibadat di DUN ini bagi membantu pengurusan melaksanakan aktiviti sepanjang bulan puasa.

"Selain itu kita juga memberi pek berbuka puasa kepada anggota polis," kata Rajiv Rishyakaran ketika dihubungi Selangorkini.

Beliau berkata pihaknya juga merancang mengadakan majlis rumah terbuka ketika Aidilfitri namun ia bergantung pada situasi semasa Covid-19.

"Kita tunggu tatacara operasi piawai (SOP) dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu jika dibenarkan akan diadakan nanti," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.