BERITA UTAMA

MBSA serbu Plaza Sri Muda, 34 pekerja asing tiada permit ditahan

26 Apr 2021, 4:47 AM
MBSA serbu Plaza Sri Muda, 34 pekerja asing tiada permit ditahan

SHAH ALAM, 26 APRIL: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyerbu Plaza Sri Muda, Seksyen 25 semalam bagi mengesan pekerja asing yang tidak mempunyai permit kerja.

Serbuan menerusi operasi bersepadu itu melibatkan 87 penguat kuasa daripada pelbagai jabatan termasuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

"Dalam operasi berkenaan, JIM menahan 34 warga asing yang didapati tidak mempunyai permit kerja sah.

"MBSA turut menyita tujuh lesen kerana pemilik menjalankan perniagaan berbeza dari didaftarkan. Contohnya, lesen diluluskan menjual sayur namun premis berniaga barangan runcit," katanya menerusi Facebook.

Majlis berkata, operasi seperti itu akan terus dilaksana bagi memastikan semua peniaga dan pemilik premis mematuhi peraturan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.