AGENSI

Selangor sumbang RM10,000 bantu LKPIM laksana dakwah

25 Apr 2021, 1:00 PM
Selangor sumbang RM10,000 bantu LKPIM laksana dakwah

GOMBAK, 25 APRIL: Kerajaan Negeri menerusi Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) menyumbang RM10,000 kepada Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) cawangan Kampung Nakhoda.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari berkata sumbangan itu bagi membantu badan bukan kerajaan (NGO) tersebut untuk melaksanakan aktiviti dakwah sekali gus memperkasa pembangunan Islam.

"Kita harap dengan sumbangan ini dapat membantu LKPIM dengan kekuatan anggota kira-kira 200 orang ini kembali aktif menganjurkan pelbagai kegiatan dakwah.

"Kita faham sebelum ini mereka juga alami kekangan untuk buat aktiviti disebabkan pandemik Covid-19, banyak tertangguh," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi lawatan dan sumbangan di LKPIM Cawangan Kampung Nakhoda di sini hari ini.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.