ad
AGENSI

Tourism Selangor anjur latihan, bantu agensi rancak sektor pelancongan

13 Apr 2021, 8:23 AM
Tourism Selangor anjur latihan, bantu agensi rancak sektor pelancongan

SHAH ALAM, 13 APRIL: Tourism Selangor menganjurkan Bengkel Latihan Pakej Pelancongan Domestik “Pusing Selangor Dulu” bagi memantapkan strategi pemasaran agensi pelancongan negeri ini.

Latihan itu memberi pengenalan serta meningkatkan pengetahuan produk pelancongan negeri kepada agensi yang berdaftar di bawah kerjasama Malaysian Inbound Tourism Association (Mita).

"Antara objektif termasuk membantu agensi dan pengusaha produk pelancongan mempromosi, menjalinkan kerjasama erat antara penggiat industri serta mewujudkan pakej pelancongan yang berpotensi dan berkualiti.

"Bengkel latihan selama satu hari dengan dua sesi ini dihadiri oleh 60 peserta," katanya dalam kenyataan.

Selain Mita, Tourism Selangor turut menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak di peringkat pentadbiran serta pihak berkuasa tempatan dalam merancakkan sektor berkenaan.

Sebelum ini, EXCO pelancongan Hee Loy Sian berkata Kerajaan Negeri menggalakkan orang ramai melancong ke negeri ini menggunakan khidmat agensi pelancongan bertauliah.

Oleh itu, Tourism Selangor menetapkan sasaran penjualan sebanyak 8,000 pakej pelancongan domestik “Pusing Selangor Dulu” sehingga akhir 2021.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.