AGENSI

Masjid, surau di Gombak dapat RM400,000 semarak Ramadan

9 Apr 2021, 12:23 PM
Masjid, surau di Gombak dapat RM400,000 semarak Ramadan
Masjid, surau di Gombak dapat RM400,000 semarak Ramadan

GOMBAK, 9 APRIL: Kerajaan Selangor memperuntuk sebanyak RM400,000 kepada masjid dan surau sekitar Gombak sempena program Ihya Ramadan tahun ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata setiap masjid menerima dana berjumlah RM10,000 sementara RM5,000 diagihkan kepada surau.

[caption id="attachment_467564" align="alignleft" width="500"] Dato' Seri Amirudin Shari berucap ketika program serahan sumbangan Ihya Ramadan kepada masjid dan surau DUN Hulu Kelang di Masjid Al Khairiah AU3 Keramat, Gombak pada 9 April 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Kita beri sumbangan ini untuk mereka gunakan pada bulan Ramadan bagi aktiviti yang dirancang dan ia dapat meningkatkan kehadiran jemaah.

“Saya percaya sumbangan ini dapat menghidupkan suasana dan menyemarakkan aktiviti Ramadan nanti,” katanya ditemui di Masjid Ar-Rahimah, Greenwood di sini.

Sebelum itu, Dato’ Menteri Besar menyerahkan sumbangan di Masjid Al-Khairiah, AU3 bagi mengimarahkan program keagamaan sekitar Hulu Kelang .

Amirudin berkata program tersebut turut dirancang di daerah lain sepanjang Ramadan, termasuk jelajah bazar dan solat tarawih di masjid terpilih.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.