ad
AGENDA

MBI agih RM2.5 juta bantu penduduk miskin sepanjang Ramadan

9 Apr 2021, 9:22 AM
MBI agih RM2.5 juta bantu penduduk miskin sepanjang Ramadan

SHAH ALAM, 9 APRIL: Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) memperuntuk sebanyak RM2.5 juta bagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sepanjang Ramadan.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata sebanyak RM1.5 juta diagihkan untuk program ihya Ramadan sementara baki disalurkan kepada masjid dan surau negeri ini.

"Bagi ihya Ramadan, kita fokus membantu golongan berpendapatan rendah (B40) dan anak yatim.

"Kita juga akan jelajah ke seluruh daerah untuk menyerahkan sumbangan kepada masjid dan surau sepanjang April dan Mei ini," kata Norita Mohd Sidek kepada Selangorkini.

Beliau ditemui pada program Marhaban Yaa Ramadan anjuran MBI di Dewan Raja Muda Musa di sini, yang turut disertai pendakwah terkenal Ustaz Don Daniyal Don Bijayid.

Norita menambah pemerbadanan itu memperuntuk sebanyak RM29.9 juta keseluruhannya bagi melaksana program CSR sepanjang tahun.

"Jumlah berkenaan sama setiap tahun dan jika rezeki kita lebih murah, sudah tentu akan dikongsi dengan semua," katanya lagi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.