AGENSI

Zakat Selangor santuni suami isteri mualaf, OKU

9 Apr 2021, 9:04 AM
Zakat Selangor santuni suami isteri mualaf, OKU

SHAH ALAM, 9 APRIL: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menziarahi dan menyantuni sepasang suami isteri mualaf bagi meneliti bentuk bantuan asnaf yang akan disalurkan.

Agensi berkata Umar Abdullah dan Siti Aisyah Abdullah yang menetap di Hulu Selangor memeluk Islam sejak Januari tahun lalu.

"Umar yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU) fizikal terus gigih mengusahakan perniagaan cucian kereta dibantu isterinya.

"LZS hadir bagi mengemas kini maklumat dan menyemak keperluan Umar dan keluarga agar dapat terus disantuni oleh pihak zakat," tulisnya di Facebook.

Agensi juga mengucapkan terima kasih kepada pembayar zakat kerana wang yang disalurkan dapat membantu mereka yang memerlukan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.